Sunday, 13 November 2011

mieyyy-yaooo!!

yeay2. cite 'PUSS IN BOOTS' nak kuar.. comel sgt. saya teruja.

http://www.youtube.com/watch?v=i62WffQuDPU

bercerita tentang kucing, aku tak paham kenapa sesetengah org tak suka kucing. okok, aku tau bukan semua orang boleh terima kehadiran kucing tu kt muka bumi ni. mungkin mereka geli, mungkin mereka takut, mungkin mereka takde perasaan. tapi kenapa berani nak siksa kucing2 tu? ada yg potong tgn, ada yg sepak terajang, bakar...hmm. kejamla :'(

these are reasons why i love cats:

  • they are cute , magnificent and adorable creature.
  • they make me laugh
  • they lend me their ears whenever i fell like i wanna talk. 
  • they accompany me when my room is dark. i really can't sleep if the lights is still on. 
  • they give me a lot of memories. some are bad, some are sweet as well.
  • cats naturally had innocent face. its funny when i wont able to scold them, even my cat leaves their droppings on the floor. 
  • i can spend my days with them without worrying the wasted time. 
hey, i really have to sleep. goodbye maya. nighty nite :) 
p/s: apology for the bad grammar. im trying my very best to make d improvement. 

Monday, 7 November 2011

tunggu sekejap

hey maya!
selamat hari raya aidiladha semua orang..! it was an amazing sunday full with beefy food. starts with rendang daging and makwan's sup tulang in the morning, spaghetti for lunch and some fun barbeque night session with my lovely family.

im kinda sleepy right now.will continue the story later. night people.

http://www.youtube.com/watch?v=e8gx2Nj6Q14

p/s: lagu ni ada nilai sentimental. hihie

Tuesday, 1 November 2011

dear maya,
there's so much stories that i could tell you guys..the fact is that i don't have time to update my blog. 
blogging is not my hobby. but still, it's my blog, and i'll blog if i want to..
wish me luck for RF test tomorrow.

*brb in a few days hihie : P

Sunday, 9 October 2011

loser

hari ni aku makan sorang2. sambil ditemani lagu2 menganjing aku forever alone.hahaha
sialan..sedih sedih sedih. mcm loser jeeeee...
keje dahla byk. tension.
aku rindu arwah mama belai2 rambut aku bila aku tension mcm ni.
al-fatihah. 

Tuesday, 9 August 2011

cerita pasal mancing

hello maya! sorry lah lama tak update busy sikit lah lately. cit, busyla konon..padahal duduk tlentang je kat rumah cuti2 ni.heheh. okay. apa yg aku nak cerita hari ni adalah pasal mancing. korang suka mancing? okay, secara jujurnya aku takdelah suka sgt mancing ni. tapi atas desakan keluarga (cewah), aku pon boleh terlayan la jugak. apa yg best sgt mancing ni eh? haaaa, memancing memang menguji kesabaran. tapi sementara menunggu ikan tu, kita boleh buat keje lain mcm berborak ke, main kucing ke, bedal megi ke. mmg satu penyiksaan nak tunggu ikan ni. tapi bila skali kita dapat ikan, rasa berbaloi la tunggu tu.

mane best eh? mancing kt laut ke, sungai ke, atau kolam?
okay. bagi pendapat aku, kolam lagi best. sebab kolam tenang. tak panas, ikan banyak, n selalunya ada gerai2 berdekatan yg boleh aku order megi n milo ais.. slurppp, sedapnya. kalau kt laut, kemungkinan nak dapat ikan tu agak tipis. kalau takde teknik n umpan yg betul, mmg ikan bilis nak pandang umpan korang sebelah mata pun susah. lagi satu, kt laut ni panas. oh ya, aku bukan puteri lilin yg tak tahan panas manjang tu. tapi aku rimas kalau duduk lama2 lepas tu basah ketiak sume.hahaha. urmm, sungai pulak cmana? haaa, aku taktau kenapa, tapi aku rasa aku takde bakat langsung nak mancing kt sungai. hihie. dan sebab kedua mungkin dah tak banyak sungai kt malaysia ni yg terbela. ikan pon susah nak mengurat sini sana. kesian sungai kita.

apa umpan yg aku slalu pakai eh?
bergantung pada lokasi memancing. aku selaku penggemar mancing kt kolam ni selalunya pakai umpan dedak la. selalunya umpan dedak tu akan dibancuh oleh adik aku, selaku pembancuh umpan profesional. kikik. yg aku nampak die slalu letak air soya kt dalam bancuhan umpan tu. selain dedak, cacing juga adalah logik untuk dijadikan umpan. mula2 mmg geli nak pegang, lagi2 cacing kerawit tu. eeuuww. tapi lama2 aku tibai jugak pegang. dan hasilnya aku boleh pasang umpan sendiri. umpun-umpun jugak aku slalu pakai, biasanya kalau mancing kt laut lah. umpun2 ni mcm cacing jugak. cuma dia lagi busuk n ada gigi sikit. hahaha. tahan jugak la aku ngan bau die. tapi kompem ikan kt laut bedal. paling cikai pon dapat buntal. hehe. nak tau caman rupenye umpun2..ni ha die:
amacam. geli x?
di bawah ni aku letakkan gamba2 aku mancing kt kg kemensah. blakang zoo negara. sila enjoice..
Excited la konon

die ni bukan bancuh umpan dedak je tau. bancuh teh tarik pon terer gak ni. haha

ajim bersama kalung yg comel

kucing gemok ni teman kitorang mancing dari awal sampai habis mancing. dahla bedal ikan aku. cis3

tiba2 hujan. kucing gemok takut petir.

hasil titik peluh. ni baru 2 ekor tau. ada juta2 lemon ekor lagi tak sempat nak snap. hehe
sekian. bye maya.

Wednesday, 20 July 2011

cerita pasal NYET

nyet..si kucing yang periang dan sunnguh adorable.
kenapa nama dia nyet? sebab dulu masa kecik2 ika bawak dia balik rumah sewa tu, dia suka lari2 lompat2 mcm monyet. tukang kasi idea nama nyet tu dibah laa. hehe. klaka. melekat nama nyet tu sampai skrg.

nyet..aku ingat masa dia kena bisul tu. teruk gila. masa tu ika tgh pegang dia, aku yg perasan kaki dia mcm berlubang je. byk nanah. menangis aku tgk nyet. nasib tuan die baik, ika hantar dia pegi klinik. mula2 pegi klinik kerajaan tu, takda vet yg boleh bedah dia. semua out station ke apa tah. nanah dah kemain banyak plak. lepas tu terpaksa lah gerak ke klinik swasta pulak. semput jugakla kerani tu explain pasal direction kat kitorang. sampai2 sana, nyet dah lembik. tersadai kat atas kotak tu. kesian nyet. sementara tunggu nyet tu, mcm kerenah aku tgk, ada kucing yg sakit telinga lah, macam2. lepas tu aku ingat aku ngan ika jenguk2 kt dalam klinik tu. siap ada hotel kucing kt dalam tu. hahaha. nyet makin lama makin lemah. giliran nyet pun sampai. lama tu dia kena bedah. aku siap sempat bedal megi kt seben-e lagi. dan akhirnya nyet selamat dibedah. Alhamdulillah...


nyet busuk


alolololo comel2

nasib kau selamat nyet
 nyet...aku ingat lagi masa dia beranak. hehehe. malam tu ika main2 ngan dia. pagi esok tu, aku bangun tido. dgr suara anak kucing. cepat2 aku carik kat mana. skali die beranak kat dalam bakul dibah. hehe. sian dibah, sian jugak kt nyet. agaknya dia pon taktau nak carik port kat mana nak beranak, 1st la la katakan. hehehe. aku turun bawah, panggil ika. ika amek besen hijau dia letak nyet. anak nyet ada 3 ekor. 2 hitam, 1 kelabu. hieeee, comel. tapi yg hitam sume mati. dahla aku sayang hitam tu. yg kelabu namanya bubu. cantik. tapi atas sebab tertentu. bubu kena kasi kt org lain.
nyet posing dalam besen hijau ika

anak2 nyet

bubu je yg hidup lama


nyet..aku ingat lagi. dia suka duduk tepi tingkap. konon nak tangkap burung. kadang2 nak carik dia, carik kt tingkap je. kadang2 dia tido situ. hehe, aku slalu kurung nyet dalam bilik. sebab dibah rumet aku slalu balik. aku ni dah la penakut. takleh tido sorang2. hehehe. nyet la jadi peneman. kalau dia memekak sgt nak kuar, aku kuarkan. rindunya kt nyet.

hehe. tu dia nyet. suka duduk tepi tingkap

tgh fokus nak tangkap burung

cuba carik nyet mana? hehe
 nyet...mana lah ko menghilang. aku rindu ko tau. kalau satu hari nanti tiba2 aku terjumpa ko tepi jalan. aku terus amik ko bawak balik. serius ni.
nyet...ko mmg kucing yg kuat. walaupun slalu kena marah. ko diam je. kadang2 nampak mcm ko paham pon ada. hehehe.
nyet...aku sayang ko. aku harap ko tak apa2 kt luar sana tu. terima kasih sebab kasi aku byk kenangan.
nyet..aku rindu pulak nak panggil nama ko.
nyet.........
nyet.....
nyet..




Monday, 11 July 2011

Kuat

Tuhan. tolong kuatkan saya.
hati saya.
jasad saya.
saya takut.